Posts

Showing posts from August, 2020

BURUH DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

Image
 BURUH DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI SEORANG buruh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini selepas didapati bersalah kerana membunuh tiga beradik di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Bagan Datuk pada hari pertama Ramadan, 17 Mei 2018. Tertuduh, Shahrul Pitri Jusoh, 37, turut dihukum penjara selama 12 tahun bagi empat pertuduhan cubaan bunuh dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya terhadap empat individu lain. Hakim, Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan. "Selepas meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, keterangan saksi (doktor) mengesahkan tertuduh waras semasa melakukan kesalahan. "Tertuduh mengetahui tentang perlakuan dan perbuatan yang dilakukannya ketika kejadian walaupun pembelaan mengatakan tiada niat membunuh tetapi keterangan saksi pembelaan sendiri ...